Friday, July 3, 2009

Majlis Akad Nikah: Mira ♥ Azizi

Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1hb Jun 2009 berlangsunglah majlis akad nikah
bertakhtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,
memadu pertemuan dua hati, mendiri kasih
antara

Mira & Azizi

Sunday, June 21, 2009

Raja & Permaisuri Sehari: Boy ♥ Ila

Wednesday, May 20, 2009

Wedding: Yusniza ♥ Adam

Sekapur sirih seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati,
rasminya tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara

Yusniza & Adam

di Dewan Taman Botanic, Bukit Tinggi, Klang
pada Ahad, 3 Mei 2009.




Pelamin, Meja Beradab dan Catering khas menggunakan perkhidmatan Cik Bibah Catering, jika berminat sila hubungi kami, Ketupa Ketupu Photography untuk ketahui dengan lebih lanjut.



Tuesday, April 28, 2009

Kehidupan Baru Bermula...Dunia Fotografi...


Fotografi
ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek iaitu φως phos ("cahaya") dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis") atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digital, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik Geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar".

Prosesnya melibatkan dua perkataan penting iaitu:
  1. Pengumpul cahaya = Kamera
  2. Perakam cahaya = Filem atau sensor


Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021). Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.

Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terletak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej atau sebahagian imej pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.